"Kenapa orang Islam sahaja yang boleh terpesong dengan ajaran agama lain tetapi orang yang beragama lain tidak senang terpesong. Kelemahan dimana?"
Ini adalah kepala satu tulisan dari blog Malaysianindians dan berkemungkinan besar penulisnya adalah orang India yang beragama Hindu.
Perkara ini ditimbulkan akibat kemelut isu penggunaan nama 'Allah' oleh penganut Kristian untuk tuhan mereka.
Saya ingin mencatatkan sedikit pandangan peribadi dalam hal ini dalam bahasa yang mudah walau pun ilmu agama saya tidaklah sedalam mana.
Pertama, apa saya tahu dalam Islam, seseorang yang sudah menganut agama Islam atau sudah menjadi seorang Muslim, tidak dibenarkan dengan mudah keluar dari Islam dan menganut agama lain atau diistilahkan murtad. Ia menjadi satu kesalahan besar dalam Islam dan pelakunya dikenakan hukuman yang berat hingga boleh dihukum bunuh! Ini adalah satu peraturan atau hukum yang mesti atau wajib dipatuhi. Tujuannya ialah untuk mengelakkan orang keluar masuk Islam sesuka hati. Islam tidak boleh dijadikan mainan beragama. Rasanya agama lain tidak ada larangan keluar masuk yang begitu keras. Jadi mudah untuk menganut agama lain dan kemudian keluar dan menganut pula agama yang lain. Jadi bagi orang lain yang bukan Islam, jika ingin menganut agama Islam mesti fikirkan sedalam-dalamnya tentang larangan ini sebelum menganut Islam. Jadi bagi Islam sebelum terpesong dari Islam atau menjadi murtad, adalah sangat penting untuk menjauhi diri dan juga menjauhkan perkara-perkara yang boleh memesongkan pegangan Islam. Agama lain tidak menghalang penganutnya keluar dan menganut pula agama lain dan boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa halangan.
Kedua. Islam mengutamakan kehidupan di akhirat yang dianggap lebih kekal dari hidup di dunia. Semua penganut Islam mahu masuk ke syurga pada hari akhirat nanti. Untuk menuju ke syurga di hari akhirat nanti, banyak perkara yang menjadi penghalangnya dan sebahagian besarnya ialah kenikmatan duniawi. Islam mengharamkan judi, satu nikmat duniawi. Islam mengharamkan arak, satu nikmat duniawi. Islam mengharamkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta zina, satu lagi nikmat duniawi. Islam mengharamkan rasuah, satu sumber kekayaan didunia dan kekayaan itu berkait rapat dengan judi, arak, zina. Tidak ada hedonisme dalam Islam. Rasa saya tidak ada agama lain yang menghalang semua ini. Semua membenarkan penganutnya melakukannya. Tetapi ini semua perkara yang sangat menyeronokkan. Dan kalau penganut Islam disogokkan dengan perkara ini, maka sudah pasti akan terpesonglah dari pegangan agama Islamnya.
Kita ambil contoh Orang Asli. Orang Asli sangat susah untuk diajak untuk menganut agama Islam. Kenapa? Jawapan yang biasa kita dengar: Banyak sangat peraturan dan larangan. Tidak ada yang menyeronokkan seperti berpesta dan sebagainya. Mereka mudah tertarik kepada Kristian. Mengapa? Sebab Kristian menyogok mereka dengan keseronokan dan kebebasan.
Di sini bukan masalah mudah terpesong tetapi Islam tidak mahu berlaku pemesongan itu kerana apabila sudah berlaku, akibatnya adalah sangat berat dan sangat tidak baik.
Wassalam.
Tuesday, January 12, 2010
Saturday, October 24, 2009
Petang Jumaat kelmarin saya dan isteri balik ke kampong mertua sama seperti yang lazim dilakukan sebulan sekali tetapi kali ini tanpa anak-anak. Mereka tidak mahu ikut sama kerana ada urusan masing-masing. Dan sekarang ini musim buah-buahan. Durian ada buahnya sedikit cukup untuk makan dan buat tempoyak. Manggis dan rambutan serta langsat ada sedikit. Mertua kata tahun ini buah-buahan tidak menjadi.
Tidur semalaman di rumah mertua. Seronok bermalam di kampong. Apa yang seronok?
Pertama, pukul 10 malam semua masuk tidor selepas bersembang sekejap selepas solat isyak dan makan malam. Di rumah mertua ada tv dan ada astro tetapi langgan yang basic sahaja. So, bosan tenguk tv1, tv2 dan tv3. Anak-anak yang lain kalau balik, mereka bawa kad astro masing-masing. Barulah dapat tonton saluran yang lain!
Yang kedua. Tidur dalam kelambu! Maklumlah rumah dalam kampong dan ditambah pula di belakangnya bahkan sekeliling rumah ada semak dan pokok-pokok. Belakang ada kebun getah. Sebelah tepi ada pokok buah-buahan: durian, rambutan, langsat, dokong, manggis, dll. Salak pun ada. Sebelah hadapan seberang jalan, paya! So, nyamuk adalah tetapi tidaklah banyak. So kena tidur dalam kelambu!
Ketiga. Di luar rumah ada orkestra! Ada macam-macam bunyi yang mula-mula menghalang kita dari tidur tetapi bila ubah persepsi sedikit, bunyi-bunyi itu jadi menyeronokkan. Bunyi katak. Bunyi cengkerik dan serangga lain. Bunyi burung. Bunyi babi hutan! Deruan angin melanda pelepah kelapa. Macam-macam bunyi yang tidak dapat didengar di bandar! Bila tumpukan perhatian kepada satu-satu bunyi, ia jadi mengasyikkan. Rasa seronok mendengarnya dan akhir membuatkan kita terlena!
Kempat. Rumah mertua ini rumah lama, rumah papan. Ada banyak lubang angin keluar masuk. Sangat dingin pada waktu malam walau pun tidak hujan. Ini yang paling menyeronokkan. Kalau di rumah di bandar, jarang sekali menggunakan selimut tebal bila tidur malam. Di kampong, kedinginan malam memerlukan selimut tebal. Orang kata 'tidor bergulong'. Sedap!
Cerita pasal buah-buahan di musim buah-buahan. Saya teringat semula zaman budak-budak dahulu. Musim buah-buahan adalah musim yang paling seronok. Semua buah-buahan makan.
Rambutan biji atau rambutan masam pun makan. Buah ketapi atau buah sentul, makan. Buah senduduk, buah kemunting, buah cenerai, buah cempunik atau buah perian, makan. Apa saja yang boleh makan, makan selain yang biasa seperti durian, manggis, langsat, rambutan, rambai, kundang, macang, mempelam, mangga, nangka, cempedak,dan banyak lagi. Di rumah mertua, makan jugalah sedikit durian, rambutan, manggis, langsat dan dokong tetapi tidaklah banyak seperti zaman kanak-kanak dahulu. Bila balik, dibekalkan sedikit oleh mertua untuk cucu-cucunya.
Tetapi sayang sekali. Durian 3 biji, masih ada lagi 2 biji. Buah rambutan hampir 2 kilo. Baru luak sedikit. Buah langsat, laris sedikit. Begitu juga dukong tetapi basih banyak lagi yang tinggal. Bila ditanya, jawapannya tak minat. Hairan kan? Zaman kita kanak-kanak dahulu, makan buah-buahan di musim buah-buahan ini hingga tak perlu makan nasi! Nampak gayanya buah-buahan di dusun 2 ekar itu menjadi rezeki beruk dan monyet kera.

Tuesday, October 20, 2009
Apa ni?
Pagi ini terbaca berita ".. kadar jenayah menurun sepanjang Musa berkhidmat.." pada muka surat 7. Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kementerian DalamNegeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika menjawab kritikan perlantikan semula Tan Sri Musa hassan sebagai Ketua Polis Negara.
Saya mempersoalkan logik apakah yang digunakan oleh Timbalan Menteri ini berkata demikian sedangkan fakta menunjukkan yang sebaliknya.
Pada ketika Musa dilantik Sept 2006, kadar jenayah kekerasan dan harta benda adalah 196,780 kes. Tahun 2007: 209,559 kes. Tahun2008: 211,645 kes.
Adakah angka 209,559 lebih kecil dari 196,780? Dan angka 211,645 lebih kecil dari 209,559?
Budak-budak sekolah rendah pun tahu 211,645 adalah lebih besar dari 209,559 dan lebih besar dari 196,780!
Kemudian, pada muka surat 35 pula dipaparkan berita bertajuk: "Kelantan bimbang kadar jenayah kian meningkat"
Dalam keadaan ini banyak persoalan akan timbul. Cuba saudara fikirkan!

Tuesday, October 13, 2009
Cerita biasa dan kenangan lama
Dulu aku dah buka satu blog. Catatan hidup hari-hari dan mengingat semula cerita-cerita zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Sesekali bila teruja, aku ingin beri pendapat atau komen terhadap sesuatu isu semasa yang kalau dihantar ke media arus perdana pasti kena tolak. Kemudian aku jadi bosan.
Sekarang aku nak mula semula untuk mengisi masa lapang dengan blog ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)